Bulan Rabiulawal bermaksud bulan
dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah
Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya
berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena
musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw
telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada banyak peristiwa penting yang
telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan
Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1.
Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal
tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan
menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada
12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada
sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2.
Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah
Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka
dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3.
Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di
Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di
Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada
hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4.
Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman
Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan
yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama),
Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani
Lahyan.
5.
Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun
632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah
al-Munawwarah.
6.
Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat,
para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera
membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana
urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah
nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian
jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah
saw.
7.
Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid
Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi
Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8.
Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah
memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu
bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9.
Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir
tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang
dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan
tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi
gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
|
KETENTUAN TUGAS INFORMATIKA 📌 PROYEK INFORMATIKA 📌 Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Menginfokan kepada santri dan santriwati kelas 9 E,F,G,H,I,J,K bahwasanya Pelajaran Informatika pada Bab Konten Digital seperti yang sudah disepakati ketika KBM sebelum liburan. Membuat Konten Digital yang terdiri dari 2 pilihan : 1. Membuat Blog : - Melatih santri menulis dan berbagi ide melalui media blog. - Mengembangkan kemampuan berpikir kritis dan kreatif. - Menghadirkan konten bermanfaat dan Islami di dunia maya. . 2. Membuat Vlog : - Mengembangkan kreativitas santri dalam membuat konten digital yang bermakna dan bernilai manfaat. - Menanamkan nilai-nilai Islami, moral, dan sosial dalam setiap karya. - Menyediakan media dakwah yang relevan dengan era digital. . . Ketentuan Membuat Blog🌐 1. Menggunakan platform gratis seperti blogger, wordpress, google site, dll 2. Desain template blog sekreatif mungkin 3. Posting suatu artikel sesuai t...
Komentar